top of page
Cari
Writer's pictureWarisan Indah Homestay

Etika pelanggan homestay


Homestay bukanlah seperti hotel yang mempunyai pekerja sepenuh masa sebagai penyambut tetamu dan juga 'house keeping'. Oleh itu adalah penting pelanggan mengambil berat tentang etika sebagai pelanggan homestay. Antaranya:

• Tiba dan keluar pada waktu yang ditetapkan

Periksa waktu masuk dan keluar yang telah ditetapkan. Maklumkan kepada tuan rumah anggaran waktu untuk anda tiba dan keluar. Ini akan membantu tuan rumah kerana mereka mungkin bekerja atau sibuk dengan urusan sendiri. Tambahan pula, tetamu baru mungkin akan tiba beberapa jam selepas anda keluar dan tuan rumah memerlukan masa untuk menyediakan rumah mereka untuk tetamu seterusnya.

• Menghormati rumah mereka

Hormatilah rumah mereka dan barang-barang di dalamnya. Bertimbang rasa dalam menggunakan kemudahan yang disediakan. Sebagai contoh, tidak perlulah memasang penghawa dingin sepanjang 24 jam kerana di rumah kita sendiri pun kita biasanya hanya memasang penghawa dingin pada waktu-waktu tertentu sahaja. Tinggalkan rumah dalam keadaan bersih dan kemas sama seperti semasa anda masuk. Ini akan membantu tuan rumah memendekkan masa yang diperlukan untuk mengemaskan rumah untuk tetamu seterusnya.


112 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Selamat Hari Raya

Warisan Indah Homestay 'Homestay KLIA' ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua. Jangan kesana...

bottom of page